Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah kemudian alhamdulillah kemudian alhamdulillah. Atas segala nikmat yang tampak mahupun tidak di sisi pandangan kita yakni dalam bentuk manis bagi pandangan kita mahupun tidak. Kerana Allah lebih tahu segala yang terbaik buat kita :)
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam.
Berbicara mengenai nilai ilmu, kita semua amat tahu. Alangkah mahal dan berharganya hal yang dinamakan ilmu,
Pernah tak, awak duduk dlm satu kelas. Dan awak rase Ya Allah seronoknya belajar benda ni. Menariknya, dan biji mata begitu luas merenung memfokus akan setiap bait kata dan gerak geri guru. Bagai tidak mahu dan tidak sudi terlepas walau hanya satu point yg disampaikan. lantas saat kelas tamat, awak merasa ala kejapnya nak lagi. pernah ?
ataukah soalan ni langsung tidak kena dengan diri awak sbb xpernah sekali pun ' belajar ' itu menyeronokkan ?
aha. naahhh sahabat sahabatku sekalian.
majlis ilmu itu sungguh amat manis. aku menulis entri ini bukan dengan merasakan aku ini penuntut ilmu terbaik abad ini, bukan dengan merasa megah akan kecintaan yang aku rasai pada ilmu. bukan dengan memandang kalian rendah.
tp, sungguh tdk pernah aku mampu berdiam diri. memeluk tubuh menikmati nikmat ini sendirian sahaja, ingin sekali aku tanyakan kepada setiap kamu. kenapa tak datang kelas talaqqi ? kenapa x tertarik kpd daurah ? kenapa dan kenapa tdk kamu pilih utk brkorban dan bersusah sedikit utk sebuah ilmu yg tak ternilai istimewanya ?
hati ini seringkali meruntun tatkala melihat majlis majlis taalim. kelas talaqqi. daurah. sedikit sahaja yang menghadirinya, dari kalangan mahasiswa. ya mahasiswa. sungguh banyak kelas yg daku hadiri, dan aku dapati begitu sedikit sekali hadirinnya. lelaki mahupun wanita,
di mana kalian ? terlalu sibukkah ?
sampai aku terdetik, apakah masuknya mahasiswa ke universiti hanya untuk mengambil apa yang teratur untuknya saja ? yakni hanya memasuki kelas2 kuliah yg diwajibkan. dan sekadar itu ?
merasa cukupkah dengan hanya itu ?
siswa agama apatah lagi. kamu berada di bidang ini, dengan suka atau tidak. minat atau tidak. sedarkah kamu memegang amanah yg cukup hebat ? bahkan menikmati nikmat yg ckup indah ?
tatkala di luar sana ramai muda mudi yg merasa asing dr kalimah la ilaha illallah. dan begitu asing dan jauh dr dpt merasa dan memahami apa itu solat dan bagaimana indahnya solat, Allah memilih kamu, utk berada dlm kalangan agamawan, mengelilingi dan dikelilingi ulama dan para pencinta agama.
dan kelak saat kamu kembali kpd mereka d luar sana, keharuman akhlaq ap yg kan kamu pertontonkan utk d contohi ? kecantikan faqih apakah yg kan kamu manfaatkan membantu mereka mencari jalan menuju redha Allah ?
cukupkah sekadar menghadiri kelas2 kuliah. kmdian sumbat smua dlm kepala. dan muntahkan di atas kertas peperiksaan ?
apa nilainya begitu ?
aku amat terkesan dengan kata seorang tok guru pondok yg d jmput mengajarkan sebuah pngjian daurah selama 2 hari di ipt ku. brkenaan ilmu mantiq. dia kata apa? dia puji dan menyatakan kecemburuan melihat mahasiswa2 universiti. bukan shja mndpt ilmu scra akademik. malah juga turut mendapat ap yg d perolehi pelajar2 pondok melalui pengajian turath.
Allahuakbar.
meruntun hati aku mendengarnya. jika kita tdk nmpk dan mngmbil peluang dan kesenangan itu, lantas tdk tahulah harus seteruk apakah perkataan yg perlu digunakan utk menghurai diri yg begitu lembik.
lbh selesa utk terus di dlm zon selesa. kuliah, kafe, komputer, katil. dan berterusan begitu. yg penting dpt ijazah. grad. kerja . kahwin.
lantas , inginku soal sekali lagi,
kenalkah kalian Imam Syafi'i ? yg begitu masyhur yg kita tdk brhenti membanggakan akan faqihnya beliau dan hebatnya hafalan beliau ? pernah suatu ketika, beliau ditanya ' Bagaimana minatmu terhadap ilmu? ' lantas jawab Imam Syafi'i rahimahullah :
" Setiap kali aku mendengar sebuah ilmu, setiap rambut di tubuhku berharap memiliki pendengaran , agar dapat merasai kelazatan sepertimana yang dirasakan oleh telinga "
Subhanallah.
cuba baca sekali lagi kalam beliau.
tidakkah kamu merasa 'amazed' ?
begitu sekalikah lazatnya ilmu ?
iya ! tepat sekali ! :)
kamu kan merasakannya saat kamu benar2 mempelajari dngan setulus hati, memang kamu yang nak belajar. lalu kamu fokus sekali dan gurumu pula memang guru yg mahu mengajar, memang segalanya berputar dalam putaran dan lingkungan ikhlas. saat itu kamu kan dapati kisah cinta dalam perjalanan ilmu. di situ kamu kan mengerti mengapa adanya murid yg mncintai guru. kamu kan mengerti mengapa adab dengan ilmu itu hatta begitu menjaga kitab berisi ilmu. di situ kamu kan mengerti.
dan kamu kan temukan hal itu , dalam pengajian turath :)
ya itu yg aku dapatkan. tdk semestinya itu sahaja. tp d sana kebisaanya kemanisan itu hadir, kerana kitab turathnya sahaja telah pun merupakan penulisan penuh keikhlasan.
kitab matan al ajrumiyah misalnya. tahukah kamu ? penulisnya setelah siap menuliskannya, meleparkannya ke dalam arus sungai. dengan niat, jika Allah menerima keikhlasannya menulis kitab itu, jika kitab itu diredhai Allah, maka ia akan terpelihara. dan jika tdk, maka ktab itu kan terhanyut begitu saja. dan kita dpt lhat sehingga kini kitab matan al ajrumiyah terus dipelajari. alangkah bilamana seseorang mementingkan keikhlasan dan pandangan Allah SWT semata.
kitabnya sahaja sudah penuh kisah keikhlasan. tambah pula pengajiannya , diajari murobbi2 yg ikhlas. dan kita pelajari juga dengan ikhlas.
bukan kerana ijazah
bukan kerana gelaran dan pangkat Dr. Prof. dan sebagainya semata
maka kerana itulah berani ku katakan manisnya ilmu itu lebih segar di temukan di sana :)
lantas, wahai mahasiswa harapan negara, bangsa, agama sekalian.
ntumlah syabab.
yg segar minda dan pemikirannya.
kuat tubuh badan jua kudrahnya.
dan paling kaya pd masa krana tdk trlalu banyak komitmen sprt org yg jauh lbh dewasa namun tdklah tdk sematang anak2 kecil dan harusnya mampu mengurus waktu. maka kamulah sebenarnya yang kaya dengan waktu
maka ambillah peluang ini, kini, sekarang, itu!
daurah ? talaqqi ? turath ?
asing ? tidaklah!
kuno? Allah! tidak langsung !
tapi,
manis
dan itulah nilai ilmu seharusnya
dipelajari penuh kecintaan
diamalkan penuh kasih
lantas membawakan diri makin bertaqwa
makin tunduk pada Tuhan
seperti bicara indahNya dalam surah al alaq,
dimulai arahan ' iqra' ' yakni bacalah, iaitu tuntutlah ilmu
dan di akhiri dengan ' wasjud waqtarib ' . sujudlah dan mendekatlah (kpd Allah). yakni menuntut ilmu itu di sisi Allah, adalah menatijahkan makin baiknya tunduk taat dan kehambaan kita padaNya :')
okay ?
ayuh, katakan pada diri
sudah tiba masanya aku tidak terus lembik!
dan menggunakan stiap ruang dan peluang yg ada !
untukku benar2 mengerti dan membumikan ILMU dalam diri .
moga bacaan yg x seberapa dr tlsan ana ini, membuahkan sedikit penolakan dalam diri kita semua
utk lbh serius dan bersemangat mengaji !





